pada hari ini, saya, vicKi dan dione telah mencipta satu ilham yang sangat bagus.
kami akan berblog dalam bahasa malaysia pada hari ini SAHAJA.
tidak tahu kenapa secara tiba2 kami sangat bersemangat patriotik.
oleh itu, sekarang adalah giliran saya untuk berblog pasal hari saya yang sangat bosan.
hari ini saya banyak berbatu (stoning) dalam kelas kerana tak cukup tidur. semasa pensyarah matematik tengah menulis formula2 yang saya sendiri tak faham, minda saya sudah terbang ke tanah mimpi. jadi, saya tidak dapat menyerap apa2 dalam kelas itu.
pada waktu petang pula, rumah takda elektrik. hancur mampus kantoi tidur saya. jadi, apa mau buat? saya pujuk mak saya pergi jalan2 dekat taman. lepas itu balik dan telepon TNB. mereka cakap bekalan elektrik hanya kembali dalam masa 3 jam.
apa nak buat?
saya terpaksa belajar psikologi dengan menggunakan lampu suluh sambil digigit nyamuk2 jahanam. saya berasa sangat marah sehingga saya mencucuk nyamuk yang mati dengan pensel tekan saya. >.< sekarang bekalan elektrik sudah pun kembali. dan saya boleh berblog.
ingatlah. bahasa jiwa bangsa.
malaysia boleh.
ketawa luar suara besar sambil bergulling kat atas lantai sehingga buntut terjatuh keluar. (lolrofllmao)
-mel-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment